Rancangan Pengajaran Harian.
1. Kelas : Tahun 2 ARIF
2. Bilangan Murid : 13 Orang
3. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Dua
4. Tajuk : Unit 5 : Cintailah Alam Sekitar
5. Tarikh : 17 . 04. 2012
6. Masa : 8.00 hingga 9.00pagi (60minit = 2 masa)
7. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui pelbagai jenis
pencemaran ketika di tahun satu dan
pelbagai berita di media massa.
8. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
Lisan : i) Mendengar dan mengecam maklumat daripada sesuatu
bahan dengan teliti.
ii) Bertanya dan menjawab sesuatu perkara.
: iii) Mengenalpasti isi-isi penting yang terdapat pada bahan.
: iv) Membentangkan isi-isi penting hasil perbincangan dalam
kertas sebak.
Bacaan : i) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang jelas serta
betul.
ii) Menjawab soalan pemahaman
Tulisan : i) Menyenaraikan kata berimbuhan pada petikan dalam
borang grafik.
ii) Menulis rumusan pendek berdasarkan bahan video.
9. Kemahiran Berbahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan
Menulis
10. Sistem Bahasa : Morfologi – Kata berimbuhan
Sintaksis – Ayat tunggal dan ayat
majmuk
11. Bahan Sumber Mengajar/BBM: Klip video lagu, CD Interaktif, Petikan,
Lembaran Penilaian, Borang Grafik
12. Kemahiran Bernilai Tambah : Menjana Idea (mengkelas dan
membanding beza), menganalisis dan
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kontekstual
Kajian Masa Depan
Teknologi Maklumat Komunikasi
13. Nilai Murni : Kerajinan, kerjasama, kasih sayang,
Berdisiplin, cintai alam sekitar dan
hormat-menghormati
14. Pengabungjalinan Mata Pelajaran: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan
Sains.